Skip to main content

Unit Peperiksaan

Unit Peperiksaan

    Pengenalan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Selamat datang ke Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Sarawak. Unit ini bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan seluruh proses berkaitan Peperiksaan Program Matrikulasi (PSPM) termasuk pendaftaran calon, penyediaan pusat peperiksaan, pengendalian semakan semula keputusan serta urusan penghantaran sijil dan transkrip pelajar setelah tamat pengajian.

    Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, telus dan efisien selaras dengan visi dan misi Kolej Matrikulasi Sarawak serta hasrat Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga setiap pelaksanaan PSPM di KMSw dapat dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan mencapai standard terbaik demi kecemerlangan akademik pelajar.

    Objektif

    1. Mengurus penerimaan dan penyimpanan kertas soalan dengan selamat.
    2, Mengendalikan Operasi Buka Kotak (OBK) bagi peperiksaan.
    3. Mengedarkan kertas soalan kepada calon secara sistematik.
    4. Mengurus skrip jawapan calon dari pengumpulan hingga penghantaran.
    5. Menyelia dan memastikan kelancaran Peperiksaan/Ujian Program Matrikulasi di dalam dan luar kolej.
    6. Mengurus data peperiksaan termasuk keputusan, sijil dan transkrip pelajar.
    7. Menyelia bilik kebal, bilik keselamatan dan stor peperiksaan bagi menjamin keselamatan dokumen peperiksaan.

      Organisasi Unit Peperiksaan