Unit Pentadbiran & Kewangan
Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang menjadi peneraju penggerak aktiviti Kolej Matrikulasi Sarawak serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan. Ia juga berfungsi dalam mengawal dan menguruskan perbelanjaan mengurus dan pembangunan mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Bahagian Matrikulasi KPM berdasrakan peraturan-peraturan yang ditetapkan setiap masa.
1. Berperanan mengendali, mengurus segala keperluan, perkhidmatan staf dari mula pelantikan hingga persaraan.
2. Bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan, perolehan, aset dan pembangunan kolej.
3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan staf, pelajar, hartabenda KMSw, kebersihan dan keceriaan kolej.
4. Menerima dan menyelesaikan aduan pelanggan.