Skip to main content

Unit Pengajian AM

Unit Pengajian Am

    Maklumat Unit Pengajian Am

    Pengenalan

    Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial.

    WP001 Pengajian Am Matrikulasi.

    Pengajian Am Matrikulasi merupakan kursus wajib untuk semua pelajar Matrikulasi. Kod kursus ini ialah WP001. Pelajar menghadiri kelas tutoran dan kuliah dalam pembelajaran kursus ini. Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar kepada:

     

    • Kemahiran Komunikasi dan Kepimpinan (Komunikasi Dalam Temuduga, Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban dan Pengucapan Awam).
    • Demokrasi Berparlimen dan Struktur Pentadbiran Negara (Demokrasi Berparlimen di Malaysia, Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia, Pilihanraya di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara).
    • Isu dan Cabaran Negara (Revolusi Industri, Dasar Pendidikan: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan Ancaman Dalam dan Luar Negara).

     

    Pelajar akan dinilai berdasarkan Penilaian Berterusan (PB) melalui kerja kursus atau tugasan, iaitu Penulisan Resume, Skrip Pengenalan Diri, Video Resume, Skrip Isu Semasa (Tugasan Kumpulan) dan Video Isu Semasa (Tugasan Kumpulan). Penilaian Berterusan membawa markah 100 dan gred akan diberikan dalam tugasan Penilaian Berterusan di akhir semester.

    Objektif

    2.1 Falsafah Unit Pengajian Am Matrikulasi, Kolej Matrikulasi Sarawak:

    Melahirkan pelajar cemerlang dari segi ilmu dan sahsiah dengan memperkembangkan potensi individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

     

    2.2 Falsafah Pengajaran Individu

    Mendidik dan menggilap potensi pelajar ke arah kemenjadian yang positif, mementingkan ilmu, membangun kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Organisasi Unit Pengajian AM