Skip to main content

Latar Belakang

Sejarah Kolej Matrikulasi Sarawak


Kerja-kerja awal ubah suai naik taraf (USNT) Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMTS) dan pembinaan blok baru untuk pengoperasian Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) telah bermula pada bulan Oktober 2012. KMSw dijadual memulakan  operasi  pada bulan Mei 2013 dengan bermulanya sesi pengajian akademik 2013/2014.

               Kampus sementara KMSw akan berkongsi premis dan kemudahan dengan SMTS sehingga kampus tetap KMSw disiapkan. Lokasi kampus sementara KMSw ialah 12 km dari PPD dan 30 km dari bandaraya Kuching Sarawak serta terletak di kawasan perindustrian Sejingkat. Kedudukanya berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan seperti IPG, Politeknik, Universiti   Malaysia    Sarawak   dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dijangka dapat meningkatkan lagi hubungan jalinan kerjasama smart partnership dalam kalangan institusi pendidikan setempat. Kolej ini yang ditubuhkan pada akhir 2012 adalah merupakan kolej matrikulasi ke 15 di seluruh Malaysia di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

          KMSw pada awalnya dijangka boleh menempatkan 200 orang pelajar secara full board di dua blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan dan bilik rekreasi. Dalam melaksanakan proses pengajaran di peringkat awal, terdapat dua (2) buah dewan   kuliah yang dilengkapi dengan peralatan ICT dan boleh memuatkan 60 orang pelajar, enam(6) buah bilik tutoran, tiga(3) buah makmal sains, satu(1) makmal komputer, dua(2) studio online pembelajaran, satu(1) studio online pentadbiran serta pusat sumber untuk pelajar membuat rujukan.