Skip to main content

Unit Biologi

Unit Biologi

    Maklumat Unit Biologi

    Pengenalan

    Unit Biologi berazam memberikan asas pengetahuan yang kukuh kepada pelajar sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang sains hayat dan sains kesihatan. Melalui gabungan kuliah, amali makmal dan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, unit ini membantu pelajar menguasai kemahiran saintifik, pemikiran kritis dan aplikasi konsep biologi dalam kehidupan harian.

    Objektif

    1. Memberikan asas pengetahuan yang kukuh tentang konsep utama biologi, meliputi struktur dan fungsi sel, proses fisiologi, prinsip genetik, evolusi dan ekologi sebagai persediaan untuk pengajian peringkat universiti.

    2. Membangunkan kemahiran saintifik pelajar melalui amali makmal, termasuk kemahiran pemerhatian, penggunaan peralatan, analisis data, serta pelaporan eksperimen secara sistematik dan beretika.

    3. Menggalakkan pemikiran kritis dan aplikasi pengetahuan biologi dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan serta memahami isu biologi semasa dalam konteks kehidupan sebenar dan pembangunan sains.

    Organisasi Unit Biologi