Unit ICT
Maklumat Unit ICT
Unit ICT Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) merupakan unit sokongan teknikal yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi teknologi maklumat di kolej. Unit ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan ICT yang efisien, selamat dan berkesan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran serta pentadbiran kolej.
Unit ICT terdiri daripada empat (4) orang kakitangan, iaitu:
-
Seorang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) yang mengetuai unit dan bertanggungjawab merancang, menyelaras serta memantau keseluruhan pembangunan sistem dan infrastruktur ICT di kolej.
-
Tiga (3) orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) yang menyokong pelaksanaan tugas harian seperti penyelenggaraan rangkaian, sokongan teknikal pengguna, pengurusan perisian dan perkakasan, serta memastikan sistem ICT kolej beroperasi dengan baik.
1. Memantapkan tadbir urus ICT yang komprehensif, kondusif dan teratur.
2. Memperkasa penggunaan teknologi digital bagi melahirkan generasi yang cemerlang.
3. Menerap budaya digital dalam organisasi seiring dengan perubahan teknologi terkini.