Skip to main content

Unit Kokurikulum

Unit Kokurikulum

    Maklumat Unit Kokurikulum

    Pengenalan

    Subjek Kokurikulum merupakan Kursus Wajib bagi semua pelajar. Kod Subjek bagi Kokurikulum ialah WK001.

    Subjek Kokurikulum di Program Matrikulasi bertujuan membentuk pelajar yang seimbang melalui penglibatan dalam Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan dan Unit Beruniform.

    Memberi penekatan terhadap kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerjasama berpasukan serta membina sahsiah dan jati diri.

    Kokurikulum menjadi pelengkap penting kepada kecemerlangan akademik dan persediaan pelajar menghadapi cabaran di peringkat lebih tinggi.

    Objektif

    1.Membangunkan potensi diri secara menyeluruh melalui aktiviti yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial.

    2.Membentuk sahsiah dan jati diri yang kukuh melalui pengamalan nilai murni seperti disiplin, tanggungjawab dan integriti.

    3.Meningkatkan kemahiran insaniah termasuk kepimpinan, komunikasi, kerjasama berpasukan dan penyelesaian masalah.

    4.Memupuk semangat patriotisme dan perpaduan melalui penyertaan dalam aktiviti berkumpulan yang melibatkan pelbagai latar belakang.

    5.Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyertaan dalam sukan dan aktiviti fizikal.

    6.Membina pelajar yang seimbang dan berdaya saing sebagai persediaan menghadapi cabaran pengajian tinggi dan dunia pekerjaan.

    7.Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui penglibatan berterusan dalam aktiviti yang memperkaya pengetahuan dan kemahiran.

    Organisasi Unit Kokurikulum