Skip to main content

Unit Matematik

Unit Matematik

    Maklumat Unit Matematik

    Pengenalan

    Unit Matematik (Sains) menawarkan kursus Matematik 1 (SM015) bagi Semester 1dan Matematik 2 (SM025) bagi Semester 2. Kursus Matematik Sains ini mengandungi tiga komponen utama iaitu algebra, kalkulus dan statistik. Penekanan diberikan kepada penyelesaian masalah, kemahiran analisis, penaakulan logik dan aplikasi Matematik dalam bidang STEM. Pembelajaran dijalankan secara kuliah (2 jam) dan tutorial (3 jam) serta penggunaan perisian Matematik. Pentaksiran bagi Kursus Matematik dibahagia kepada 3 pecahan komponen iaitu Penilaian Berterusan, Ujian Penilain Sumatif dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.

    Objektif

    1. Menyediakan asas kukuh dalam konsep Matematik untuk pelajar jurusan sains.

    2. Mengembangkan keupayaan pelajar berfikir secara kritis dan analitis.

    3. Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah melalui pendekatan sistematik.

    4. Mengaplikasikan Matematik dalam situasi sebenar dan bidang STEM.

    5. Melahirkan pelajar yang yakin dan kompeten menghadapi kursus Matematik di peringkat universiti.

    Organisasi Unit Matematik