Skip to main content

Unit Psikologi & Kaunseling

Unit Kaunseling & Kerjaya

    Maklumat Unit Kaunseling & Kerjaya

    Pengenalan

    Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Kolej Matrikulasi Sarawak adalah dibawah naungan Jabatan Pengurusan Pelajar (JPP). Buat masa ini UBK diketuai oleh pegawai kaunseling bagi menguruskan segala program dan aktiviti pelajar.

    Dengan fasiliti yang terhad UBK masih mampu mengendalikan program dan aktiviti bagi membantu pelajar dalam merealisasikan matlamat mereka.

    Objektif

    Unit Bimbingan dan Kaunseling mempunyai matlamat untuk membantu setiap pelajar matrikulasi dari aspek pembinaan sahsiah, akademik, emosi dan mental sepanjang berada dibawah bumbung kolej matrikulasi. UBK juga berhasrat membantu meningkatkan dan memperkasakan prestasi pelajar melalui program dan aktiviti yang mencabar minda dan emosi mereka agar lebih bersedia apabila keluar dari kolej ini nanti.

    Program dan Aktiviti

    Program dan aktiviti yang dikendali dan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah seperti berikut:

    • Minggu Pengurusan Pelajar Baru
    • Program Mentor Mentee
    • Program ‘Peer Assisted Study Session’ (PASS)
    • Program Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)
    • Motivasi Individu & Kelompok
    • Program Bina Insan
    • Karnival Pendidikan ( Kembara KMSw)
    • Program Motivasi Pelajar
    • Program Psiko-akademik
    • Dan program-program mengikut keperluan semasa.

    Unit Bimbingan dan Kaunseling juga bekerja rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi menjayakan program dan aktiviti yang berkenaan dengan kemajuan pelajar. UBK akan terus berusaha untuk memantapkan lagi program dan aktiviti yang sedia ada supaya dapat melonjakkan nama Kolej Matrikulsi Sarawak sebaris dengan kolej-kolej matrikulasi yang sudah ‘establish’.

    Organisasi Unit Kaunseling & Kerjaya