Unit Fizik
Maklumat Unit Fizik
Pengenalan
Kepakaran dalam bidang Fizik amat perlu untuk melonjakkan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi ke tahap yang lebih tinggi. Oleh demikian, Unit Fizik Kolej Martikulasi Sarawak berazam untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam bidang fizik dengan mendukung falsafah pendidikan kebangsaan. Ini adalah penting untuk menyahut cabaran globalisasi masa kini.
Unit Fizik menyediakan asas pengetahuan dan kemahiran saintifik yang kukuh kepada pelajar melalui pelaksanaan kuliah, tutorial dan sesi amali di makmal. Penekanan diberikan terhadap penguasaan konsep asas fizik, pembangunan pemikiran kritis dan keupayaan menyelesaikan masalah secara sistematik. Unit ini turut menekankan penerapan aplikasi fizik dalam kehidupan seharian serta peranannya dalam kemajuan teknologi dan pembangunan sains moden.
Objektif
1. Memberikan asas kukuh dalam konsep utama fizik sebagai persediaan ke universiti.
2. Membangunkan kemahiran saintifik melalui amali makmal, pengukuran, analisis data dan pelaporan.
3. Menggalakkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah melalui aplikasi konsep fizik dalam situasi sebenar.