Unit Asrama
Unit Kolej Kediaman berperanan menyediakan persekitaran kediaman yang selamat, teratur dan kondusif bagi menyokong keperluan akademik serta pembangunan sahsiah pelajar sepanjang tempoh program matrikulasi. Melalui pengurusan penempatan, pemantauan kebajikan, penyelenggaraan fasiliti dan penguatkuasaan peraturan asrama, Unit Kolej Kediaman komited membentuk suasana hidup berkomuniti yang harmoni, berdisiplin dan berintegriti selaras dengan matlamat melahirkan pelajar prauniversiti yang cemerlang dan berdaya saing.
a) Menyediakan penginapan yang selamat, teratur dan kondusif bagi memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada proses pembelajaran sepanjang program matrikulasi.
b) Mengurus penempatan, rekod penghuni dan kemudahan kolej dengan sistematik selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan.
c) Memelihara kebajikan, disiplin dan kesejahteraann pelajar melalui pemantauan berterusan serta penguatkuasaan peraturan asrama yang ditetapkan.
d) Mewujudkan persekitaran hidup berkomuniti yang positif dan berintegriti bagi membentuk budaya saling menghormati, kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
e) Menyokong pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah melalui program nilai tambah yang menyumbang kepada pembentukan pelajar yang berdisiplin, berdaya tahan dan berakhlak baik.