Unit Pusat Sumber
Pengenalan
- Unit Perpustakaan Kolej Matrikulasi Sarawak berperanan sebagai salah satu pusat rujukan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di samping memenuhi keperluan ilmu PdP khususnya kepada para pelajar khasnya dan warga Matrikulasi Sarawak secara keseluruhannya.
- Unit Perpustakaan Kolej Matrikulasi Sarawak komited untuk memastikan setiap pelajar menerima peluang pendidikan yang inklusif, seimbang dan berkesan melalui penyediaan perkhidmatan yang mudah dicapai dan berkualiti tinggi.
- Unit Perpustakaan Kolej Matrikulasi sebagai pemangkin terhadap kemajuan dan pembinaan nilai-nilai insan kepada pelajar-pelajar khasnya di Kolej Matrikulasi Sarawak agar dapat menjadi seorang insan yang berdaya saing, inovatif dan kreatif.
- Unit Perpustakaan Kolej Matrikulasi Sarawak sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan kepesatan maklumat dalam menyediakan sumber rujukan dan maklumat yang amat berguna kepada PdP pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak.
Objektif
- Menyediakan sumber maklumat yang komprehensif dan berkualiti tinggi bagi menyokong pendidikan yang inklusif, saksama dan berkesan.
- Menyokong misi dan visi Kolej Matrikulasi Sarawak dengan memastikan perpustakaan menjadi pusat rujukan utama yang menyumbangkan kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan pengetahuan.
- Menyediakan fasiliti pembelajaran yang mesra pengguna, selesa dan kondusif bagi menyokong pembelajaran kendiri, kolaboratif dan inovatif.
- Memupuk budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Perkhidmatan kami
PERKHIDMATAN SIRKULASI (PINJAMAN DAN PEMULANGAN)
Keahlian
Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar Kolej Matrikulasi Johor sahaja.
Pendaftaran
Semua warga Kolej Matrikulasi Johor adalah ahli Pusat Sumber secara automatik dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kad matrik pelajar akan digunakan setiap kali urusan pinjaman dan pemulangan, perkhidmatan internet dan perkhidmatan lain.
Peraturan Pinjaman
Koleksi Rak Terbuka
- PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
- KELAB PUSAT SUMBER (KEPS) - Dibenarkan meminjam 6 buah buku untuk tempoh masa 3 minggu
- PENSYARAH DAN STAF - Dibenarkan meminjam 8 buah buku untuk tempoh masa 4 minggu
Bahan Rujukan
- Bahan-bahan rujukan seperti terbitan bersiri, akhbar, majalah, buletin hanya boleh digunakan didalam pusat sumber sahaja
- Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu hanya dengan kebenaran Pustakawan
Pembaharuan Pinjaman dan Tempahan
- Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak 2 kali berturut-turut di kaunter sirkulasi atau melalui sistem web OPAC.
- Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain di kaunter sirkulasi atau melalui sistem web OPAC
- Pengguna perlu menyemak dari masa kesemasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke pusat sumber. Bahan tempahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain selepas 5 hari dari notis tempahan dikeluarkan.
Denda
-
Pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
-
Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga buku dan bayaran pengurusan RM10.00 bagi setiap buku yang hilang