Skip to main content

Berita

  pentadbir2

Program Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan Peringkat Kolej Matrikulasi Sarawak 2026


KUCHING, 6 Mac 2026 – Kolej Matrikulasi Sarawak telah menganjurkan Program Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan peringkat kolej yang berlangsung di DRB 2. Program ini diadakan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan serta bertujuan memupuk semangat kebersamaan dan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan warga kolej.

Program tersebut melibatkan penyertaan daripada para pensyarah, staf serta pelajar yang bersama-sama bergotong-royong dalam penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada warga Kolej Matrikulasi Sarawak. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kolej, malah turut menyemarakkan lagi suasana Ramadan dengan nilai-nilai murni seperti kerjasama, kesukarelawanan dan semangat kekitaan.

Bubur lambuk yang telah disediakan kemudiannya diagihkan kepada para pelajar dan staf sebagai tanda penghargaan serta simbolik perkongsian rezeki sepanjang bulan yang mulia ini.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus menyemai nilai kemasyarakatan dan memperkukuhkan hubungan antara warga Kolej Matrikulasi Sarawak di samping menghidupkan lagi penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga kampus.
WhatsApp Image 2026 03 06 at 13.52.12

Berita KMSw