Skip to main content

Berita

  pentadbir2

Pameran Gallery Walk JSISS 2026 Meriahkan DRB 1


KUCHING, 5 Mac 2026 – Jabatan Sains Sosial dan Sains Insaniah (JSISS) telah menganjurkan Pameran Gallery Walk JSISS Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Riadah Blok 1 (DRB 1), Kolej Matrikulasi Sarawak. Program ini melibatkan penyertaan daripada Unit Pengajian Am Matrikulasi (PAM), Unit Bahasa Inggeris (BI) dan Unit Pengurusan dan Inovasi Matrikulasi (PIM).

Pameran ini bertujuan memberi ruang kepada para pelajar untuk mempamerkan hasil tugasan dan projek yang telah dihasilkan sepanjang sesi pengajian. Antara bahan yang dipamerkan termasuklah resume kreatif, tugasan akademik serta projek pembelajaran pelajar yang menonjolkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan kepimpinan.

Selain itu, para staf dan pengunjung juga berpeluang menyaksikan pameran epoxy, yang memaparkan hasil kerja kreatif menggunakan bahan resin epoxy, sekali gus menambahkan kepelbagaian elemen dalam pameran tersebut.

Program Gallery Walk ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan idea, malah turut memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran pembentangan melalui hasil kerja yang dipamerkan kepada warga kolej.

Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat terus memupuk budaya pembelajaran yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak.
Unit Pengajiam AM Unit Bahasa Inggeris WhatsApp Image 2026 03 05 at 09.52.34 kraftangan Unit Pengajian Islam

Berita KMSw