Skip to main content

Berita

  pentadbir2

Majlis Factionatrix Excellence Awards Meriahkan Semangat Persaingan dan Kecemerlangan Pelajar KMSW


Majlis Factionatrix Excellence Awards Meriahkan Semangat Persaingan dan Kecemerlangan Pelajar KMSW

KUCHING, 8 Oktober 2026

Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSW) bakal menganjurkan Majlis Factionatrix Excellence Awards, sebuah program yang mengetengahkan semangat kecemerlangan, persaingan sihat dan penghargaan terhadap pencapaian warga kolej.

Majlis yang membawa tema “Spirit. Rivalry. Glory. Expect Greatness, Earn Honour!” ini dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 2.30 petang bertempat di Dataran Ruai Berambeh.

Program ini melibatkan empat faction utama yang menjadi identiti persaingan dalam kalangan warga KMSW, iaitu Ignis, Ventus, Terra dan Aqua. Keempat-empat faction ini melambangkan semangat, kekuatan dan kerjasama dalam membentuk budaya persaingan yang positif serta mendorong warga kolej untuk mencapai kecemerlangan.

Penganjuran Factionatrix Excellence Awards juga menjadi wadah untuk memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang aktiviti faction. Penghargaan seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi motivasi warga kolej untuk terus berusaha, bekerjasama dan menunjukkan prestasi terbaik dalam pelbagai bidang.

Selain meraikan kejayaan, program ini turut membawa mesej bahawa persaingan yang sihat mampu membina semangat berpasukan, kepimpinan, disiplin dan rasa bangga terhadap faction. Semangat tersebut selaras dengan aspirasi KMSW dalam melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai nilai kepimpinan.

Dengan slogan “Expect Greatness, Earn Honour!”, Majlis Factionatrix Excellence Awards diharapkan dapat menjadi satu lagi platform bermakna dalam menghargai usaha dan pencapaian warga KMSW, di samping memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan seluruh komuniti kolej.

Ignis. Ventus. Terra. Aqua. Satu semangat, satu kecemerlangan!

Berita KMSw