JOM SENAMROBIK KMSw SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

09 Oktober 2026
Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) akan menganjurkan aktiviti Senamrobik KMSw sempena sambutan Hari Sukan Negara pada 9 Oktober 2026 (Jumaat). Aktiviti ini akan berlangsung pada pukul 4.30 petang, selepas Majlis FEA, bertempat di Dataran SMT.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga KMSw. Aktiviti senamrobik yang penuh bertenaga ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada warga kolej untuk meluangkan masa bersama-sama dalam suasana yang ceria, aktif dan menyeronokkan.
Sehubungan dengan itu, semua staf KMSw dijemput untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti senamrobik ini mengikut faction masing-masing. Para peserta digalakkan memakai pakaian sukan yang melambangkan identiti faction masing-masing sebagai tanda sokongan, semangat berpasukan dan kebersamaan.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara dengan menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian. Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat berpasukan dan menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan warga KMSw.
Jom Senamrobik KMSw! Sukan Menyatukan Kita!