Copyright 2024 - Custom text here

SOALAN LAZIM

 Kemaskini pada 21 MEI 2020

1. Bilakah Program Matrikulasi KPM ditubuhkan dan apakah keistimewaannya?

Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:

a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara (Senarai universiti luar negara terdapat pada soalan no. 22).
b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.
c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).
d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran.

Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA.

2. Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

Mulai sesi 2020/2021 pengambilan dan pemilihan pelajar lepasan SPM termasuklah ke Program Matrikulasi KPM diselaraskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA JPT) atau lebih dikenali sebagai UPU melalui dasar Single Window, Single Offer.

Sehubungan dengan itu permohonan ke Program Matrikulasi KPM perlu dibuat melalui http://upu.moe.gov.my

3. Apakah program dan jurusan yang ditawarkan?

Program Matrikulasi KPM menawarkan dua program iaitu:

1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester yang dilaksanakan dalam tempoh setahun yang menawarkan jurusan seperti yang berikut:
a) Jurusan Sains;
b) Jurusan Kejuruteraan;
c) Jurusan Perakaunan; dan
d) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Bumiputera sahaja)

2. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun (Bumiputera sahaja) yang menawarkan Jurusan Sains sahaja.

4. Apakah syarat permohonan ke Program Matrikulasi KPM?

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

• Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2020.
• Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019.

a. Jurusan Sains Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.

b. Jurusan Kejuruteraan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut: Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana- mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

d. Jurusan Perakaunan Profesional Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana- mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

5. Apakah syarat minimum permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sistem Dua Semester?

Syarat kelayakan MINIMUM program matrikulasi sistem dua semester

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2019:


JURUSAN SAINS

Bahasa Melayu C
Bahasa Inggeris C
Matematik B
Matematik Tambahan C
Kimia C
Fizik atau Biologi C
Sejarah Lulus


JURUSAN KEJURUTERAAN

Bahasa Melayu C
Bahasa Inggeris C
Matematik B
Matematik Tambahan C
Fizik C
C dalam satu daripada mata pelajaran berikut: Biologi/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ / Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kimia Lulus
Sejarah Lulus

6. Apakah syarat minimum permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sistem Empat Semester?

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2019
• Jurusan Sains - Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer
- Lulus Sejarah

7. Apakah bidang yang boleh diceburi di peringkat ijazah pertama di UA bagi setiap jurusan yang ditawarkan?

1. Jurusan Sains – Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain.

2. Jurusan Kejuruteraan – Kejuruteraan, Seni Bina, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan bidang teknikal lain.

3. Jurusan Perakaunan – Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Awam/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain.

4. Jurusan Perakaunan Profesional – Sijil Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

8. Bolehkah murid lepasan SPM yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan memohon Jurusan Perakaunan?

Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua jurusan dalam Program Matrikulasi KPM.

9. Apakah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar Program Matrikulasi KPM?

Hanya yuran pendaftaran sahaja yang dikenakan. Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

10. Berapakah yuran yang dikenakan kepada pelajar Program Matrikulasi?

JURUSAN YURAN (RM)
Sistem Dua Semester 599.60
Sistem Empat Semester bagi Jurusan Sains 2020/ 2022 599.60 (Tahun Ke-1)
296.60 (Tahun Ke-2)
Sistem Dua Semester bagi Jurusan Kejuruteraan 599.60
Sistem Dua Semester bagi Jurusan Perakaunan 546.60
Sistem Dua Semester bagi Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Semester 1: 1,146.60
Semester 2: 1,690.00
Sistem Empat Semester (Tahun Ke-2) bagi Jurusan Sains Sesi 2019/ 2021 396.60
Sistem Dua Semester Mengulang Sesi 2020/2021 396.60

11. Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

12. Di manakah lokasi Program Matrikulasi KPM dilaksanakan?

Program Matrikulasi KPM dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej MARA seperti yang berikut:

1.Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
2.Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.
3.Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas.
4.Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
5.Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
6.Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
7.Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
8.Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
9.Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
10.Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
11.Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh.
12.Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
13.Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang.
14.Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka.
15.Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian.
16.Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang (Jurusan Perakaunan).
17.Kolej MARA Kulim, Kulim (Jurusan Sains).

13. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM?

Mengikut dasar Single Window, Single Offer pelajar akan mendapat satu tawaran sahaja dan semakan calon jaya dibuat melalui http://upu.moe.gov.my

14. Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?

Permohonan pertukaran jurusan adalah bergantung kepada kekosongan. Walau bagaimanapun pelajar boleh membuat rayuan kepada Pengarah kolej masing-masing.

15. Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

Boleh, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat berikut:-

Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan.

Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

16. Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

Rayuan hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui http://upu.moe.gov.my

17. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan rayuan ke Program Matrikulasi KPM?

Mulai sesi 2020/2021 semua urusan berkenaan permohonan dan rayuan adalah melalui http://upu.moe.gov.my

18. Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan boleh ditempatkan di Semenanjung Malaysia?

Tidak, kecuali pelajar yang ditawarkan Jurusan Kejuruteraan dan Perakaunan Profesional.

19. Bolehkah saya memohon pertukaran kolej?

Boleh sekiranya memenuhi syarat berikut:

1. Pelajar memerlukan rawatan disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
2. Adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan; dan
3. Pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.

Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.

20. Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

Dibenarkan bagi pelajar yang memerlukan rawatan berterusan disebabkan masalah kesihatan kronik. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan Pengarah kolej tempat anda mendaftar.

21. Adakah saya dikenakan penalti jika berhenti daripada menamatkan pengajian di Program Matrikulasi KPM?

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut Prosedur Operasi Standard Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi KPM yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 (Pindaan 2017) KECUALI:

a) Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar negara,atau
b) Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, atau
c) Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau Ijazah dalam negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat, atau
d) Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan pengajian dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan atau hospital pakar swasta sahaja, atau
e) Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi KPM.

22. Saya berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, boleh berikan universiti-universiti yang menerima masuk Program Matrikulasi di luar negara?

Antara universiti terkemuka yang menerima masuk lulusan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:-

United Kingdom:
1. King’s College London
2. University College London
3. University of Bristol
4. University of Manchester
5. University of Birmingham
6. University of Nottingham
7. University of Sheffield
8. University of Surrey
9. University of Southampton
10. St. Mary’s University

Australia:
1. Australian National University
2. University of Sydney
3. Monash University
4. University of Queensland
5. University of Melbourne
6. University of Adelaide
7. University of New South Wales

New Zealand:
1. University of Auckland
2. University of Canterbury
3. University of Otago
4. Victoria University of Wellington
5. Massey University
6. Lincoln University
7. Waikato University
8. Auckland University of Technology

Pelajar perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

23. Apakah pakej kursus yang ditawarkan dalam Program Matrikulasi?

JURUSAN

MODUL

KURSUS TERAS

KURSUS WAJIB

Sains Dua Semester & Empat Semester

I

  • Mathematics
  • Chemistry
  • Physics
  • Biology

 

 

 

 

 

  • English
  • Pengajian Am Matrikulasi
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Kokurikulum

 II

  • Mathematics
  • Chemistry
  • Physics
  • Computer science

 III

  • Mathematics
  • Chemistry
  • Biology
  • Computer science

 Kejuruteraan

 -

  • Mathematics
  • Chemistry
  • Physics
  • Basic engineering

  Perakaunan

 

 -

  • Mathematics
  • Accounting
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan

 

Perakaunan Profesional

-

  • Mathematics
  • Financial Accounting
  • Management Accounting
  • Accountant in Business

 

 

24. Bagaimanakah pencapaian akademik pelajar dinilai?

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti berikut:

i.Penilaian Berterusan (PB) – tugasan individu/kumpulan, laporan amali, esei, pembentangan, ujian praktikal, forum dan lain-lain.
ii.Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

25. Apakah syarat kelayakan pelajar untuk menerima sijil matrikulasi KPM?

Pelajar layak menerima Sijil Matrikulasi KPM jika memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

i. Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM
ii. Mengambil sekurang-kurangnya tiga kursus pengkhususan yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM
iii. Keputusan diperolehi dalam satu peperiksaan sahaja
iv. Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.

26. Bilakah Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) mula diperkenalkan?

Mula diperkenalkan pada sesi 2018/2019. Perjanjian antara ACCA dan Bahagian Matrikulasi telah ditandatangani pada tahun 2019.

28. Dimanakah JPPro dijalankan?

Di Kolej Matrikulasi Selangor sahaja.

29. Bagaimanakah pemilihan pelajar JPPro dibuat?

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kelulusan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM iaitu syarat am, syarat minimum, pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum, lulus ujian aptitud dan temuduga. Hanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera.

31. Bila dan bagaimanakah saya boleh tahu saya ditawarkan untuk temuduga?

anggilan temuduga boleh disemak secara dalam talian melalui http://apps.matrik.edu.my atau http://upu.moe.gov.my selewat- lewatnya minggu ketiga bulan April.

Calon yang terpilih untuk ditemuduga juga akan dihubungi melalui e-mel yang didaftarkan di UPUOnline.

32. Saya memohon ke JPPro melalui UPUOnline, adakah saya terus diterima ke jurusan tersebut?

Calon perlu lulus ujian aptitud dan temuduga sebelum ditawarkan untuk mengikuti JPPro. Calon jaya akan diumumkan melalui http://upu.moe.gov.my

33. Bila dan di manakah temuduga akan diadakan?

Temuduga akan diadakan pada minggu ketiga atau keempat bulan April di Kolej Matrikulasi Selangor.

34. Apakah dokumen yang diperlu dibawa semasa temuduga?

Cetakan surat panggilan temuduga, kad pengenalan, sijil lahir, salinan sijil lahir ibu dan bapa, keputusan SPM dan sijil-sijil lain yang menyokong permohonan.

35. Saya tinggal luar dari Selangor, adakah kemudahan penginapan disediakan semasa menghadiri temuduga?

Calon B40: Kemudahan asrama disediakan. Calon boleh berhubung dengan Kolej Matrikulasi Selangor di talian 03- 31201410 untuk maklumat lanjut.

Selain calon B40: Terdapat hotel-hotel dan homestay di sekitar Kolej Matrikulasi Selangor. Perbelanjaan atas tanggungan sendiri.

36. Saya tinggal luar dari Selangor, adakah kemudahan penginapan disediakan sepanjang pengajian saya dalam Program ini?

Semua pelajar disediakan penginapan di asrama secara percuma sepanjang pengajian dalam Program Matrikulasi.

37. Bolehkah murid lepasan SPM yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan memohon JPPro?

Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua jurusan dalam Program Matrikulasi KPM.

38. Adakah bantuan pendidikan disediakan?

Bagi pelajar yang layak, bantuan kewangan akan cuba diusahakan daripada Baitulmal/Pusat Zakat dan lain-lain.

39. Apa yang berlaku sekiranya saya tidak lulus ujian aptitud dan temuduga?

Tidak akan ditawarkan ke JPPro tetapi akan ditawarkan kursus- kursus lain yang dipohon melalui UPUOnline.

40. Berapa lama tempoh pengajian sebenar JPPro?

Pelajar akan mengikuti JPPro di KMS selama 1 tahun, dan akan menyambung pengajian di UiTM selama 2 ½ tahun.

42. Selepas tamat JPPro di matrikulasi, saya tidak berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perakaunan, adakah saya boleh menyambung pengajian dalam bidang lain?

Pelajar masih boleh menyambung pengajian lain di peringkat diploma/ijazah pertama dalam bidang selain perakaunan seperti pengurusan dan ekonomi. Pelajar JPPro juga merupakan lepasan matrikulasi.

43. Bolehkah saya memohon ke mana-mana UA selepas tamat pengajian dalam JPPro?

Keutamaan untuk pelajar menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan Profesional di UiTM (ACCA). Pelajar yang mengikuti JPPro yang lulus dan layak akan menyambung pengajian bagi mengikuti program ACCA. Bagi pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menyambung program ACCA di UiTM boleh memohon untuk menyambung pengajian dalam jurusan lain di UiTM atau mana-mana universiti lain sesuai dengan kelayakan.

44. Bolehkah saya memohon pertukaran kolej?

Tidak Boleh. JPPro hanya ditawarkan di Kolej Matrikulasi Selangor

45. Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

Dibenarkan bagi pelajar yang memerlukan rawatan berterusan disebabkan masalah kesihatan kronik. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan Pengarah kolej tempat anda mendaftar.

46. Apakah perbezaan antara Jurusan Perakaunan dengan JPPro?

Perbezaan adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit.

KURSUS YANG DIPELAJARI SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN
PERAKAUNAN ACCOUNTING IN BUSINESS (FAB)
EKONOMI MANAGEMENT ACCOUNTING (FMA)
PENGURUSAN PERNIAGAAN FINANCIAL ACCOUNTING (FFA)
MATEMATIK MATEMATIK

•SEMUA KURSUS WAJIB
- BAHASA INGGERIS
- PENDIDIKAN ISLAM/ PENDIDIKAN MORAL
- PENGAJIAN AM MATRIKULASI
- KOKURIKULUM

PERAKAUNAN PROFESIONAL
PELUANG KE BIDANG PENGAJIAN

PERAKAUNAN, PENGURUSAN PERNIAGAAN, EKONOMI, PENTADBIR PENGURUSAN AWAM, TEKNOLOGI MAKLUMAT, PENGURUSAN, SUMBER MANUSIA, UNDANG-UNDANG DAN LAIN-LAIN ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA)
BOLEH MOHON KESEMUA UNIVERSITI AWAM JIKA MEMENUHI SYARAT KELAYAKKAN KEUTAMAAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI UiTM

f t g m

Hubungi Kami :

Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lot 216, Fasa ll, Taman Perindustrian Sejingkat
Lorong Demak Indah 5A1
93050 Kuching, Sarawak
 
TELEFON
082 - 439 100
 
FAX
082 - 433 108
 
EMAIL

GPS
LATITUDE : 1.600
LONGITUDE : 110.429

Media Sosial

KMSW.tv
matriks.sarawak
 

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.Hakcipta Terpelihara © 2018. Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia

CoalaWeb Traffic

Today25
This week130
This month660
Total94859

Visitor Info

  • IP: 3.142.35.75
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:

1
Online

Thursday, 25 April 2024