PENGENALAN
Gerak kerja kokurikulum bermatlamat untuk membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bersemangat patriotik, berketerampilan dengan semangat sukarelawan, berdaya tahan, mempunyai sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran, serta mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
VISI
Membina generasi baru cemerlang melalui aktiviti Kokurikulum
MISI
- Meningkatkan kualiti sumber manusia ke tahap cemerlang melalui aktiviti Kokurikulum.
- Pengurusan Kokurikulum yang sistematik dengan perancangan strategik.
- Membentuk disiplin dan sahsiah pelajar yang tinggi nilainya melalui aktiviti Kokurikulum.