PENGENALAN
Selamat datang ke laman Unit Pendidikan Islam dan Moral, Kolej Matrikulasi Sarawak. Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan salah sebuah unit yang terdapat di bawah Jabatan satera dan Ikhtisas. Unit ini terdiri daripada seorang pensyarah iaitu Ustaz Zulkarnian Sui Bun. Unit ini menawarkan kursus-kursus :
i. Pendidikan Islam
ii. Moral
Kursus Pendidikan Islam adalah kursus wajib diambil semua pelajar yang beragama Islam PST dan PDT. Sewmentara pelajar bukan Islam pula akan mengambil mata pelajaran Moral.
MISI
Unit Pendidikan Islam dan Moral berusaha mendidik pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi sahsiah dan akedamik melalui pengajaran dan bimbingan yang berterusan.
VISI
Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan pemangkin kemantapan dan kecemerlangan modal insan.
OBJEKTIF
- Menyampaikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah kepada pelajar;
- Menerapkan penghayatan agama kepada pelajar;
- Mendidik pelajar supaya sentiasa berakhlak mulia;
- Melahirkan generasi bijak pandai yang patuh kepada ajaran agama dan;
- Meyuburkan rasa cinta agama kepada seluruh warga KMSw.