MENU PILIHAN BAHASA

msen

MENU PILIHAN OKU

MUAT TURUN DOKUMEN

 Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja Koleksi Borang     

 Modul e-Prestasi 

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

DOKUMEN ONLINE

 Bahan PLC  

 Dokumen Pengecualian 

      (Kuliah/Tutoran/Amali)

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

PROGRAM PDT

PROGRAM DUA TAHUN * Program ini tidak ditawarkan di KMSw

Program ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

Pendaftaran bagi program ini ialah kira-kira sebulan selepas pendaftaran Program Matrikulasi Satu Tahun dijalankan iaitu pada bulan Jun.

KONSEP UMUM PDT

Program Dua Tahun dikhaskan untuk pelajar bumiputera yang tidak berjaya dalam permohonan untuk Program Satu Tahun.

Kurikulum program memberi penekanan kepada aspek akademik dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Struktur pengajian menggunakan sistem semester dan tempoh pengajian untuk melayakkan masuk ke institusi pengajian tinggi adalah empat semester (dua tahun).

 

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat kemasukan untuk Program Dua Tahun (PDT)

Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

1.
C
Bahasa Melayu
2.
C
Bahasa Inggeris 
3.
C
Matematik
4.
C
Kimia
5.
D
Matematik Tambahan
6.
C
Dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi / 
Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)