MENU PILIHAN BAHASA

msen

MENU PILIHAN OKU

MUAT TURUN DOKUMEN

 Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja Koleksi Borang     

 Modul e-Prestasi 

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

DOKUMEN ONLINE

 Bahan PLC  

 Dokumen Pengecualian 

      (Kuliah/Tutoran/Amali)

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

Sejarah KMSw

    Kerja-kerja awal ubahsuai naik taraf (USNT) Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMTS) dan pembinaan blok baru untuk pengoperasian Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) telah bermula pada bulan Oktober 2012. KMSw dijadual memulakan  operasi  pada bulan Mei 2013 dengan bermulanya sesi pengajian akademik 2013/2014.

      Kampus sementara KMSw akan berkongsi premis dan kemudahan dengan SMTS sehingga kampus tetap KMSw disiapkan. Lokasi kampus sementara KMSw ialah 12 km dari PPD dan 30 km dari Bandaraya Kuching Sarawak serta terletak di kawasan perindusterian  Sejingkat.

      Kedudukanya berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan seperti IPG, Politeknik, Universiti Malaysia Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dijangka dapat meningkatkan lagi hubungan jalinan kerjasama smart partnership dalam kalangan institusi pendidikan setempat.

      Kolej ini yang ditubuhkan pada akhir 2012 adalah merupakan kolej matrikulasi ke 15 di seluruh Malaysia  di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

      KMSw pada awalnya dijangka boleh menempatkan 200 orang pelajar secara full board di dua blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan dan bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar, terdapat kafeteria yang memberi perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar.

      Dalam melaksanakan proses pengajaran di peringkat awal, terdapat dua buah dewan kuliah yang dilengkapi dengan peralatan ict dan boleh memuatkan 60 orang pelajar, enam buah bilik tutoran, tujuh buah makamal sains, dua buah makmal komputer, makmal bahasa serta pusat sumber untuk pelajar membuat rujukan.

      KMSw akan sentiasa komited bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan terus dipertingkatkan demi menjamin kecemerlangan pelajarnya.

"Menjulang Kecemerlangan"