MENU PILIHAN BAHASA

msen

MENU PILIHAN OKU

MUAT TURUN DOKUMEN

 Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja Koleksi Borang     

 Modul e-Prestasi 

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

DOKUMEN ONLINE

 Bahan PLC  

 Dokumen Pengecualian 

      (Kuliah/Tutoran/Amali)

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

FAQ

 

 

SOALAN LAZIM

 

PROGRAM MATRIKULASI

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

 

  

SOALAN 1  

Bilakan Program Matrikulasi KPM ditubuhkan dan apakah keistimewaannya?

  

JAWAPAN 1  

Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas. Manakala mulai sesi pengambilan 2004/ 2005, 10% daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

  

Antara keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah

  

a)        Lulusan Program Matrikulasi KPM akan memperolehi Sijil Matrikulasi yang boleh digunakan untuk memohon 39 skim perkhidmatan Gred 29. Anda boleh merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016. 

b)        Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) turut diberikan kepada pelajar Program Matrikulasi KPM yang layak. 

c)        Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja. Manakala kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. (Sila rujuk SOALAN 7) 

d)        Kolej matrikulasi terdapat di hampir semua negeri di seluruh Malaysia. (Sila rujuk SOALAN 9) 

e)        Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyambung pengajian bukan sahaja di dalam negeri malah turut berpeluang meneruskan cita-cita mereka ke luar negara. (Sila rujuk SOALAN 24)

  

SOALAN 2 

Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

 

JAWAPAN 2 

Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.06 (Ringgit Malaysia Sepuluh dan sen enam sahaja) termasuk GST dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

 

SOALAN 3 

Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan?

  

JAWAPAN 3 

PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November pada tahun pemohon menduduki SPM.

  

SOALAN 4 

Apakah jurusan yang ditawarkan?

  

JAWAPAN 4

 

  • Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Kejuruteraan bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.

 

  • Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

  

SOALAN 5 

Apakah bidang yang boleh diceburi bagi setiap jurusan yang ditawarkan?

 

JAWAPAN 5

 

  • Jurusan Sains –Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, TeknologiMaklumat, Seni Bina, Kejururawatan dan lain-lain.

 

  • Jurusan Perakaunan –Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi,Pentadbiran Perniagaan/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain.

 

  • Jurusan Kejuruteraan –Kejuruteraan, Seni Bina dan teknikal lain.

 

SOALAN 6

Bolehkah murid yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan?

 

JAWAPAN 6

 

Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untukmemohon semua jurusan dalam Program Matrikulasi KPM.

 

SOALAN 7

Berapakah  yuran  pendaftaran  Program  Matrikulasi  KPM  bagi  sesi  2018/2019?

Adakah yuran-yuran lain yang dikenakan?

 

JAWAPAN 7

Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019 ialah :

 

JURUSAN

PROGRAM

 

KOLEJ MARA

 

PROGRAM

SATU TAHUN

 

 

DUA TAHUN

 

 

 

 

SAINS

RM499.64*

 

RM630.00

 

RM499.64*

 

(Kolej Mara Kulim)

 

 

 

 

 

 

PERAKAUNAN

RM446.64*

 

RM600.00

 

 

 

(Kolej Mara Kuala Nerang)

 

 

 

 

 

 

 

KEJURUTERAAN

RM499.64*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PDT III

RM296.64*

 

 

 

 

(SESI 2017/2018)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Kadar ini TERMASUK caj perkhidmatan dan 6% GST

 

Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalahditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

 

SOALAN 8

 

Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

 

JAWAPAN 8

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% markah Akademik dan 10% markah Kokurikulum.

  

SOALAN 9 

Dimanakah Program Matrikulasi KPM dilaksanakan?

 

JAWAPAN 

 

Program Matrikulasi dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej MARA. Lokasi kolej matrikulasi dan kolej Mara adalah seperti berikut:

 

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor,Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

  

SOALAN 10 

Bilakah keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/ 2019 akan diketahui?

  

JAWAPAN 10 

Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019 ialah pada 24 April 2018. Jika saudara berjaya mendapat tawaran, saudara perlu membuat prapendaftaran secara dalam talian mulai 14 Mei 2018 dan prapendaftaran ini akan tamat pada 18 Mei 2018. Dapatkan maklumat lanjut prapendaftaran ini daripada laman sesawang kolej saudara ditawarkan. 

 

SOALAN 11 

Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi.

  

JAWAPAN 11 

Pemohon boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut: 

1.  Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia - www.moe.gov.my, atau

 

  •  SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888, atau

 

  •  Talian telefon pejabat atau bantuan - 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi - 4.30 petang.

  

SOALAN 12 

Bilakah pelajar mendaftar di kolej-kolej Matrikulasi bagi sesi 2018/ 2019?

  

JAWAPAN 12 

Pelajar baharu akan mendaftar pada 23 Mei 2018.

 

SOALAN 13 

Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon?

  

JAWAPAN 13 

Pelajar PST boleh memohon PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh memohon PDT dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  

SOALAN 14 

Apakah syarat kelayakan minimum? Dan apakah mata pelajaran yang dikira merit?

 

JAWAPAN 14 

Jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit mulai sesi 2017/2018 sehingga sekarang. 

 

 

JURUSAN SAINS

 

 

JURUSAN PERAKAUNAN

 

JURUSAN KEJURUTERAAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C

 

 

BAHASA MELAYU

 

 

C

 

 

BAHASA MELAYU

 

 

C

 

 

BAHASA MELAYU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C

 

 

BAHASA INGGERIS

 

C

 

 

BAHASA INGGERIS

 

C

 

BAHASA INGGERIS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

B

 

 

MATEMATIK

 

 

C

 

 

MATEMATIK

 

 

B

 

 

MATEMATIK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C

 

 

MATEMATIK

 

C

 

 

MATEMATIK TAMBAHAN

 

C

 

MATEMATIK TAMBAHAN

 

 

 

TAMBAHAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C

 

 

KIMIA

 

 

 

 

 

 

 

 

C

 

 

FIZIK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FIZIK/ KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS/

 

 

 

 

 

BIOLOGI/ SAINS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SAINS TAMBAHAN/

 

 

 

 

 

TAMBAHAN/ TEKNOLOGI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/

 

 

 

 

 

KEJURUTERAAN/ ASAS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ASAS KELESTARIAN/ SAINS

 

 

 

 

 

KELESTARIAN/ SAINS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERTANIAN/ PERTANIAN/

 

 

 

 

 

PERTANIAN/ PERTANIAN/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

EKONOMI RUMAH TANGGA/

 

 

 

 

 

EKONOMI RUMAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SAINS RUMAH TANGGA/

 

 

 

 

 

TANGGA/ SAINS RUMAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

REKA CIPTA/ TEKNOLOGI

 

 

 

 

 

TANGGA/ REKA CIPTA/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAT DAN

 

 

 

 

 

TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOMUNIKASI/ SAINS

 

 

 

 

 

DAN KOMUNIKASI/ SAINS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOMPUTER/ SAINS SUKAN/

 

 

 

 

 

KOMPUTER/ SAINS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LUKISAN KEJURUTERAAN/

 

 

 

 

 

SUKAN/ LUKISAN

 

 

 

 

FIZIK / BIOLOGI

 

C

 

 

GRAFIK KOMUNIKASI

 

 

C

 

KEJURUTERAAN/ GRAFIK

 

C

 

 

 

 

 

TEKNIKAL/ PRINSIP

 

 

 

KOMUNIKASI TEKNIKAL/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(SALAH SATU)

 

 

 

 

PERAKAUNAN/ EKONOMI

 

 

 

 

 

PRINSIP PERAKAUNAN/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ASAS/ EKONOMI/

 

 

 

 

 

EKONOMI ASAS/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERDAGANGAN/

 

 

 

 

 

EKONOMI/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERNIAGAAN/ PENDIDIKAN

 

 

 

 

 

PERDAGANGAN/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SYARIAH ISLAMIAH/

 

 

 

 

 

PERNIAGAAN/ PENGAJIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TASAWWUR ISLAM/

 

 

 

 

 

KEJURUTERAAN AWAM/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGAJIAN KEJURUTERAAN

 

 

 

 

 

PENGAJIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AWAM/ PENGAJIAN

 

 

 

 

 

KEJURUTERAAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEJURUTERAAN MEKANIKAL/

 

 

 

 

 

MEKANIKAL/ PENGAJIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGAJIAN KEJURUTERAAN

 

 

 

 

 

KEJURUTERAAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ELEKTRIK & ELEKTRONIK

 

 

 

 

 

ELEKTRIK & ELEKTRONIK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(DUA TERBAIK)

 

 

 

 

 

(SALAH SATU)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LULUS

 

 

KIMIA

 

 

LULUS

 

 

SEJARAH

 

LULUS

 

 

SEJARAH

 

LULUS

 

SEJARAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP ADALAH UNTUK PENGIRAAN MERIT

 

  

SOALAN 15 

Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?

  

JAWAPAN 15 

Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej apabila anda mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

 

SOALAN 16 

Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

  

JAWAPAN 16 

Boleh, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat berikut:- 

Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan. 

Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

  

SOALAN 17 

Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

  

JAWAPAN 1 

Boleh,

 

  •  Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian sebaik sahaja anda mengetahui tidak berjaya, atau

 

  •  Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan.

  

SOALAN 18 

Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?

 

JAWAPAN 18

 

Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut menggunakan salah satu daripada cara berikut :

 

  •  Melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my, atau

 

  •  SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. KP dan hantar kepada 15888, atau

 

  •  Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang

  

SOALAN 19 

Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia?

  

JAWAPAN 19 

Tidak, kecuali pelajar yang ditawarkan Jurusan Kejuruteraan yang tinggal di Sabah atau Sarawak atau WP Labuan. Mereka akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

  

SOALAN 20 

Bolehkah saya mohon bertukar kolej?

 

JAWAPAN 20 

Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukanrawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.

 

SOALAN 21

Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

 

JAWAPAN 21

 

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

 

SOALAN 22

Adakah saya dikenakan penalti jika berhenti daripada pengajian?

 

JAWAPAN 22

 

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:

 

a)        Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar negara, atau

 

b)        Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, atau

 

c)        Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau Ijazah dalam negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat, atau

 

d)        Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan atau hospital pakar swasta sahaja, atau

 

e)        Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi.

 

SOALAN 23

 

Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM?

 

JAWAPAN 23

 

Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

  

SOALAN 24

 

Saya berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, boleh berikan universiti-universiti yang menerima masuk Program Matrikulasi di luar negara?

 

JAWAPAN 24

 

Antara universiti terkemuka yang menerima masuk lulusan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:-

 

United Kingdom:

 

  •  King’s College London
  •  University College London
  •  University of Bristol
  •  University of Manchester
  •  University of Birmingham
  •  University of Warwick
  •  University of Nottingham
  •  University of Sheffield
  •  University of Surrey
  •  University of Southampton
  • University of Cardiff
  • St. Mary’s University

 

Australia :

 

  •  Australian National University
  •  University of Sydney
  •  Monash University
  •  University of Queensland
  •  University of Melbourne
  •  University of Adelaide
  •  University of New South Wales

 

 

Canada

  •  University of Toronto
  •  Trent University, Ontario
  •  Ryerson University
  •  Victoria University
  •  York University
  •  Brock University

 

New Zealand:

  • University of Auckland
  • University of Canterbury
  • University of Otago
  • Victoria University of Wellington
  • Massey University
  • Lincoln University
  • Waikato University
  •  Auckland University of Technology

 

Korea Selatan:

  •  Korea University
  •  Korea Advanced Institute of Science and Technology
  •  Yonsei University
  •  Sungkyunkwan University

 

Hong Kong:

 

  • The Hong Kong Polytechnic University

 

Indonesia:

  •  Universitas Kristen Krida Wacana
  •  Universitas Andalas
  •  Universitas Sriwijaya
  •  Universitas Sumatera Utara

 

United States of America:

  •  Harvard University
  •  Columbia University
  •  Yale University
  •  Princeton University
  •  Massachusetts Institute of Technology
  •  Boston University

 

 

SOALAN LAZIM

PROGRAM MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

 

DISEDIAKAN OLEH

 

Pegawai Promosi

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

2018